Jumat, 12 Oktober 2012

Adab pengantin dan pergaulan suami-isteri




1. Letakkan tangan di kepala isteri dan do’akannya. Rasulullah S.a.w bersabda, “Apabila salah seorang kamu menikahi seorang wanita, maka hendaklah ia memegang ubun-ubunnya, dan bacalah bismillah lalu mohon-lah berkah kepada Allah, dan hendaknya ia membaca:   

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan sifat yang ada padanya; dan aku berlindung kepada-Mu dari keburukannya dan keburukan sifat yang ada padanya” (HR. Abu Daud dan dihasankan oleh Al-Albani). 

2. Hendaklah kedua mempelai melakukan shalat dua rakaat bersama, ketika awal dipertemukan, kerana kaum salaf melaksanakan demikian. 

3. Rayulah isteri dan bercandalah dengannya di saat santai berduaan. Nabi n selalu bercanda, tertawa dan merayu isteri-isterinya. 

4. Bacalah basmalah sebelum melakukan jima`. Rasulullah n bersabda, “Kalau sekiranya seorang di antara kamu hendak bersenggama dengan isterinya membaca :

“Dengan menyebut nama Alllah, ya Allah, jauhkanlah setan dari kami dan jauhkan syetan dari apa yang Engkau rezkikan kepada kami”, maka sesungguhnya jika keduanya dikurniai anak dari kamasutranya itu, nescaya ia tidak akan dibahayakan oleh setan selama-lamanya.” (Muttafaq ‘alaih). 

Dahuluilah dengan rayuan, rabaan, ciuman, dan cumbuan yang mesra sampai benar-benar kedua anda siap melakukan jima’ (senggama). 

5. Jika ingin bersenggama lagi, berwudhulah terlebih dahulu, kerana Rasulullah S.a.w bersabda; “Apabila salah seorang kamu telah bersetubuh dengan isterinya, lalu ingin mengulanginya maka hendaklah berwudhu.” (HR. Muslim; 308, Ahmad; 10777, Tirmidzi; 191) 

6. Berwudhulah sebelum tidur sesudah melakukan jima’ bila sempat.

Bonda Aisyah r.a menuturkan, “Rasulullah S.a.w bila hendak makan atau tidur saat beliau junub, maka beliau mencuci kemaluan dan berwudhu sebagaimana wudhu untuk shalat.” (Muttafaq ’alaih) 

7. Haram hukumnya menyetubuhi isteri di saat haid atau menyetubuhi duburnya. Rasulullah n bersabda, Barangsiapa yang melakukan persetubuhan terhadap wanita haid atau pada duburnya, atau datang kepada dukun (tukang sihir) lalu membenarkan apa yang dia katakannya, maka sungguh ia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad.” (HR. Al-Arba`ah dan dishahihkan oleh Al-Albani). 

8. Jangan menyebarkan rahsia tentang hubungan suami isteri. Rasulullah n bersabda, “Sesungguhnya manusia yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari Kiamat adalah seorang lelaki yang berhubungan dengan isterinya (jima`), kemudian ia menyebarkan rahsianya.” (HR. Muslim no. 1437, Ahmad; 11258, Abu Daud; 4870) 

9. Saling bergaullah dengan baik, dan laksanakan kewajiban anda masing-masing terhadap yang lain. Allah S.w.t berfirman, “Dan para isteri mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut yang ma`ruf.” (Al-Baqarah: 228). 

10. Berlaku lembut dan bersikap baiklah terhadap isteri, dan ajarkan masalah agama, serta tekankan pada perintah Allah terhadapnya. Rasulullah n bersabda, “Ingatlah, berpesan baiklah selalu kepada isteri, kerana sesungguhnya mereka adalah tawanan di sisi kalian....” (HR. At-Turmudzi) 

11. Hendaknya isteri selalu ta`at kepada suaminya sesuai kemampuannya asal bukan dalam hal kemaksiatan, jangan dia mematuhi siapapun bila tidak disukai atau bertentangan dengan kehendak suami, janganlah isteri menolak ajakan suami. Rasulullah n bersabda, “Bila suami mengajak isteri ke tempat tidur lalu ia tidak memenuhi ajakannya, kemudian sang suami tidur dalam keadaan marah padanya, maka malaikat melaknat wanita tersebut sampai hari pagi.” (Muttafaq ‘alaih). 

12. Berlaku adillah terhadap isteri-isteri. Rasulullah n bersabda, “Barangsiapa mempunyai dua isteri, lalu ia lebih cenderung kepada salah satunya, nescaya ia datang di hari Kiamat dalam keadaan sebelah badannya miring.” (HR. Abu Daud no; 2133, Ahmad; 8363, At-Tirmidzi; 1141, an-Nasai; 3942 Ibn Majah; 1969, ad Darimi; 2206 dan dishahihkan oleh Al-Albani) 

13. Bersabarlah atas watak isteri yang pada umumnya cemburu berlebihan, sehingga bersikap kurang sopan (lihat al-Bukhari; 5225, Ahmad; 11616, At Tirmidzi; 1359, An Nasai; 3955, Abu Daud; 3557, Ibnu Majah; 2384, Ad Darimi; 2598), atau yang kurang pandai berterima kasih.

Tidak ada komentar: